web analytics

Parlimen Lulus Pindaan Akhta Anti Pemerdagangan Orang

16 July 2010

KDN Sana Sini

Persidangan Dewan Rakyat bersetuju meluluskan pindaan Akta Anti-Pemerdagangan Orang selepas majoriti sepakat dicapai pada 15 Julai 2010. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata di Dewan Rakyat bahawa pindaan itu perlu untuk mengekang jenyah itu yang dilihat berlaku bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia.

Dengan pindaan itu, ia mencangkupi juga penyeludupan pendatang asing dan keduanya saling berkait antara satu sama lain. Pindaan menekankan kadar hukuman dan tindakan undang-undang yang lebih berat dapat diambil terhadap sesiapa sahaja tanpa mengira negara asalnya.

Malaysia menjadi sasaran sebagai pusat transit dan faktor geografi menjadi salah satu punca masalah ini tidak mudah dikawal. Untuk 7 bulan pertama 2010, seramai 83 orang telah disabitkan kesalahan di bawah akta ini.

–team berita ikdn