Kementerian Dalam Negeri begitu berbesar hati menerima kunjungan hormat oleh T.Y.T Ambrose Lee, Setiausaha Keselamatan Hong Kong yang berlangsung pada 27 Julai 2010. Kunjungan itu disambut oleh Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein di pejabat beliau. Turut mengiringi MDN ialah Timbalan Ketua Setiausaha Dato’ Abdul Rahim Mohd Radzi.
Pertemuan yang berlangsung hampir sejam itu membicarakan perkara seperti kerjasama polis antara kedua buah negara, peningkatan imej dan kredebiliti pihak keselamatan dan pencegahan dadah di kalangan generasi muda. Pengalaman dan kejayaan Hong Kong mengurusi gangsterism juga mendapat perhatian KDN.
Di pertemuan yang sama Dato’ Seri Hisham memberi maklum tentang langkah dan tindakan Malaysia dalam menangani jenayah jalanan yang menjadi fokus kerajaan. Beliau menjelaskan bahawa insiatif NKRA ini tidak akan berjaya tanpa sokongan dan penglibatan orang ramai.
Setiausaha Keselamatan Hong Kong itu dalam rangka lawatan ke negara-negara ASEAN di mana beliau akan membuat lawatan yang sama ke Indonesia.
–team ikdn


















27 July 2010
KDN Sana Sini