Pengawal Keselamatan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapat suntikan semangat baru dengan pelantikan mereka sebagai Polis Bantuan. Pemakaian lencana di pakaian seragam baru mereka itu telah dilaksanakan oleh Ketua Setiausaha KDN Dato’ Sri Mahmood b. Adam. Majlis yang berlangusng di luar lobi D1 itu turut disaksikan oleh orang ramai yang berkunjung ke KDN.
Pemakaian lencana itu adalah simbolik pelantikan mereka sebagai polis bantuan. Sarjan Zulkifli B. Hussein mengetuai perbarisan 23 Polis Bantuan KDN yang empat darinya adalah anggota wanita. Mereka telah menjalani latihan selama seminggu bermula dari 12 Julai sehingga 18 Julai 2010.
“Kami menjalani latihan selama sembilan minggu secara berperingkat dan saya rasa megah serta merasa segak memakai uniform ini,: kata Kavin Selvam, 48 tahun.
“Parcel D telah diwartakan sebagai kawasan keselamatan dan langkah melantik Polis Bantuan menjadi pengawal keselamatan di KDN adalah satu langkah yang sangat tepat. Bahkan pelantikan ini juga dipersetujui oleh PDRM,” kata KSU KDN.
Beliau menyifatkan pelantikan ini bukan sahaja memperkemaskan lagi Polis Bantuan bahkan mempertingkatkan keselamatan di Kompleks D. Turut hadir Dato’ Abdul Samah B. Hj. Mad Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato’ Md Nor B. Hashim TKSU (P) dan Dato’ Abdul Rahim B. Mohd Radzi, TKSU (3P).
–team berita ikdn


















19 July 2010
KDN Sana Sini