web analytics

Perhimpunan Bulanan Perhimpunan Keluarga-Datuk Wira Abu Seman

19 July 2010

KDN Sana Sini

Perhimpunan Bulanan KDN disifatkan sebagai perhimpunan keluarga keran aia membuka ruang kepada setiap warganya untuk mengamati dan mengambil maklum pencapaian semasa KDN. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman b. Yusop menyifatkan perhimpunan bulanan ini juga turut memberi peluang kepada interaksi komunikasi yang pernuh mesra.

Mengambil peluang kehadiran warga KDN yang ramai itu di mengulas mengenai penubuhan Klinik Cure & Care 1Malaysia (C&C) yang berkonsepkan ‘Puspen Terbuka’. Menurutnya C & C ini memberi peluang kepada penagih untuk pulih dari najis dadah secara total.

Beliau tidak ketinggalan menyentuh mengenai masa depan RELA yang dikatakan tidak relevan lagi dengan masa kini. “Itu tidak benar sama sekali. RELA semakin hari semakin berubah. Ia boleh menjadi satu badan yang sangat berguna kepada masyarakat terutama sekali yang berkait dengan keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.

“Dengan penyusunan semula struktur Rela, dengan mewujudkan satu briged satu negeri, satu batalion satu daerah, satu platon satu parlimen, satu unit satu kampong dan pengwujudan Bridget Rela di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tingg, RELA mempunyai masa depan yang cerah,” katanya.

Datuk Wira Abu Seman menyifatkan pengwujudan Balai League (Liga Balai) sebagai satu insentif ke arah pengurangan kadar jenayah. Pelaksanaan idea ini pasti menambahkan lagi semangat anggota polis dalam memastikan kawasan kawalan dan rondaan mereka sentiasa selamat.

Selain dapat mendengar amanat Timbalan Menteri Dalam Negeri, hadirin juga dipertontonkan dengan tayangan video yang dikelolakan oleh Bahagian Teknologi Maklumat berkenaan dengan Perlaksanaan Sistem Star Rating dan Laman Web terbaru Kementerian Dalam Negeri.Turut hadir pada majlis tersebut ialah KSU KDN< Dato’ Sri Mahmood b. Adam dan barisan pengurusan tertinggi KDN.

–team berita ikdn