web analytics

Persidangan FBI National Academy Asia Pacific ke 13

26 July 2010

KDN Sana Sini

Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein melahirkan harapan beliau agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama-sama dengan FBI National Academy dapat mempertimbang dan mempertingkatkan model-model, mekanisme-mekanisme serta sistem-sistem yang sesuai yang akan menggalakkan perkembangan yang lebih besar dan dapat bekerjasama dalam pertukaran risikan demi menjaga keselamatan negara.

Beliau berkata demikian di majlis perasmian persidangan FBI National Academy Asia Pacific kali ke 13 yang diadakan di Kuala Lumpur pada 19 Julai 2010. Persidangan yang berlangsung selama seminggu ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama selain dapat bertukar-tukar pandangan di antara negara-negara yang terlibat di persidangan ini.

Mengambil sempena persidangan ini Menteri Dalam Negeri turut memaklumkan mengenai kadar indeks jenayah negara ini yang semakin menurun dan ianya menuju ke arah yang positif. Di samping itu, Dato’ Seri Hishammuddin juga turut menegaskan bahawa persidangan sebegini amat penting kepada Malaysia dalam meningkatkan keselamatan negara selaras dengan saranan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak. Beliau menganggap persidangan ini akan dapat memberikan impak seterusnya dapat memberi mekanisme yang baru dalam mempertingkatkan imej serta usaha Polis Diraja Malaysia.

Turut hadir di majlis ini adalah Tan Sri Ismail Omar Timbalan Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar mantan Ketua Polis Negara, Kim Derry Presiden NAA, Joseph Demarest Penolong Pengarah FBI dan Dato’ Shahbudin Abdul Wahab Presiden FBI National Academy Associates Asia Pacific Chapter 2010.

–team berita ikdn