web analytics

Pertemuan Suara Perkasa – KDN

3 July 2010

KDN Sana Sini

Pertemuan Suara Perkasa – KDN

Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan pertemuan dengan  Suara Perkasa yang memegang permit KDN:PQ/PP1505(16811) pada 2hb. Julai 2010 jam 5 petang berkait dengan artikel bertajuk ‘Tahan Ka Siong Bawah ISA’.

Pertemuan yang berlangsung selama hampir sejam itu dihadiri oleh Encik Amirudin b. Mohamad, Editor Suara Perkasa. Sementara KDN pula diketuai oleh Pemangku Timbalan Ketua Setiausaha (K), Dato’ Abdul Rahim b. Mohd. Radzi. Turut hadir Setiausaha Bahagian Penerbitan, Teks & Al-Quran, Dato’ Zaitun Ab  Samad.

Suara Perkasa dijemput untuk hadir sekali lagi pada Isnin ini di KDN.

Sekian dimaklumkan