Petikan Penting
Sidang Media Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Menteri Dalam Negeri
1 Hari ini saya hanya mahu sentuh dua perkara, pertamanya di dalam Post Kabinet tadi kita telah membincang beberapa tanggungjawab KDN yang perlu kita tunaikan kerana ianya merupakan janji kita kepada orang ramai.
2 Pertamanya ialah NKRA untuk mengurangkan kadar jenayah yang ketika ini berada di atas landasan yang cukup baik, tetapi daripada 51 inisiatif yang telah pun dikenal pasti, hanya sebahagian sahaja yang telah di ‘roll out’ sepenuhnya.
3 Walaupun hanya sebahagia yang telah di ‘roll out’, tetapi kadarnya telah menurun begitu ketara dan ini satu petanda bahawa kita telah berada di atas halatuju dan landasan yang baik.
4 Jadi hari ini kita telah berbincang bagaimana kita dapat memastikan momentum ini dapat diteruskan dan inisiatif-inisiatif lain yang sebelum ini kita belum buat sepenuhnya dapat dilaksanakan secepat mungkin.
5 Jadi kita telah pun bersetuju bahawa pada 14 Julai ini, saya akan menjemput kesemua Ketua-Ketua Balai Polis seluruh negara untuk hadir berjumpa dengan kita dan jumlah pegawai yang terlibat adalah lebih daripada 3000. Bermakna bahawa inisiatif kita untuk NKRA jenayah ini sudah sampai ke peringkat balai dan di situ kita juga akan melancarkan Balai League Table, di mana kita akan letakkan sebagai liga prestasi balai-balai yang telah pun dipersetujui oleh Y.A.B Perdana Menteri dalam perjumpaan-perjumpaan kita supaya consistency dan juga komitmen pihak PDRM untuk memastikan bahawa keselamatan dan isu jenayah ini berterusan sehinggalah ke peringkat balai akan menjadi satu kenyataan.
6 Perkara kedua ialah isu-isu yang berhubungkait dengan perkara-perkara kebelakangan ini telah pun ditimbulkan yang ada kaitan rapat dengan penerbitan dan juga isu-isu komunikasi. Dan di sini tiga Menteri iaitu saya, Dato’ Nazri dan juga Dato’ Rais telah pun duduk berbincang bagaimana ketiga-tiga Kementerian ini dapat bekerjasama rapat bukan sahaja meniti landskap di luar sana tetapi juga untuk melihat kaedah-kaedah yang boleh dilaksanakan supaya isu-isu yang mungkin boleh mempolimikan keadaan yang boleh mengeruhkan landskap ini dapapt dibendung dan ianya mestilah bersandarkan pada undang-undang dan peraturan yang sedia ada.
7 Oleh itu jawatankuasa pengukuhan strategi komunikasi kerajaan ini yang dianggoatai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’Seri Nazri Aziz sendiri, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim dan diri saya sendiri akan memantau melalui agensi-agensi kita yang sedia ada iaitu Bahagian Penerbitan di KDN, MCMC di bawah Penerangan dan juga pihak Peguam Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri ini dapat bekerjasama rapat untuk bukan sahaja memastikan bahawa orang ramai di luar sana tahu bagaimana hendak mengimbangi hak individu dan hak majority tentang apa dia isu yang mungkin boleh menjejaskan keharmonian yang mana merupakan jenayah yang perlu di bawa oleh pihak polis dan didakwa oleh Peguam Negara yang mana merupakan kes-kes KDN di bawah Bahagian Penerbitan boleh mengambil tindakan dan di mana tuan punya badan seperti Felda sendiri atau pegawai-pegawai kita sendiri boleh mengambil tindakan secara peribadi ke mahkamah.
8 Jadi semua itu saya rasa ada hikmahnya dalam kita menentukan apa hak yang ada pada pihak yang berkepentingan dan kebenaran biar keadilan yang menentukan di mana kebenaran itu memihak dan ini sahaja yang perlu kita jelaskan pada orang ramai.
9 Isu Harakah ini adalah lebih mudah kerana lesennya telah pun luput. Selepas ini bukan sahaja Suara Keadilan yang kita pantau secara terdekat dan say telah memberitahu kepada Dato’ Zaiton dan Dato’ Fuad di bawah keselamatan sekarang ini di bawah pengumuman saya tadi, ianya tidak berkisar kepada KDN sahaja. Ianya akan bekerjasama rapat dengan Peguam Negara bersama pihak Kementerian Penerangan dan ketiga-tiga pihak ini akan membantu. Saya sebenarnya sedang menuggu garis panduan yang jelas seperti yang diminta oleh pihak Harakah dan saya dimakluuman bahawa pihak Harakah bekerjasama rapat dengan kita.
10 Saya lihat dari kenyataan mereka tidak dengan angkuh menyatakan bahawa mereka tidak akan langsung ambil kira tindakan KDN tetapi mereka berkata sekurang-kurangnya memberi garis panduan yang jelas. Ianya sudah pun ada tetapi hanya mahu diperjelaskan.
11 Sekarang dengan kaedah dua Kementerian yang lain ini maka kita boleh perjelaskan. Jadi saya tidak mahu tumpu kepada satu kes sahaja iaitu kes Suara Keadilan atau Suara Perkasa kerana sebelum ini semuanya mempunyai hubungan dengan kita termasuk The Star, kes Al-Islam, kes Nanyang Siang Paw dengan IGP. Jadi kenapa kita tengok insiden ini dalam konteks Sura Keadilan sahaja.
12 Asalkan garis panduan ini dapat diperjelaskan kepada semua dan ianya tidak melihatkan kepada satu pihak sahaja kerana avenuenya wujud dalam beberapa saluran dan ketiganya untuk pihak kerajaan sekarang mengembelingkan mereka yang ada kuasa, tanggungjawab dan amanah. Lebih-lebih lagi jika lihat media baru sekarang ini di bawah MCMC. Jadi pengembelingan dan persefahaman ketiga-tiga pihak ini saya rasa tepat pada waktunya.
–team berita ikdn


















11 July 2010
Teks Ucapan MDN & TMDN