8 Kementerian didapati mencapai markah peratusan melebihi 80 dalam pengukuran prestasi pengurusan aduan awam bagi bulan Jun 2010. Kementerian berkenaan ialah Kementerian Pelajaran (91.4%) , Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (93.3%), Kementerian Kerja Raya (95.7 %), Kementerian Dalam Negeri (85.8%), Jabatan Perdana Menteri (81.3%), Kementerian Belia dan Sukan (99.2%), Kementerian Perdagangan Antarabangsa (100%) dan Kementerian Sains dan Teknologi (100%).
Penerima aduan terbanyak ialah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (2,664). Sementara Kementerian Pelajaran pula menduduki tempat kedua dengan 1,320 aduan awam. Paling sedikit menerima aduan ialah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Kementerian Sains dan Teknolologi masing-masing sebanyak 3 aduan sahaja.
Pengukuran prestasti aduan awam dibuat sebagai langkah kerajaan agar aduan dari orang ramai diberi perhatian oleh penjawat awam dan diselesaikan secepat yang mungkin.
–team berita ikdn


















16 July 2010
KDN Sana Sini