web analytics

Program Bicara Psikologi

30 July 2010

KDN Sana Sini

Khamis, 29 Julai 2010, Unit Psikologi dan Kaunseling Bhg Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri ( KDN ) dengan kerjasama Unit Psikologi Bhg Sumber Manusia Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ( KKLW ) telah menganjurkan Program Bicara Psikologi yang bertajuk `KEHILANGAN YANG TERSAYANG` bertempat di Dewan Gemilang aras G blok D1 Kementerian Dalam Negeri.

Penceramah jemputan dari Universiti Islam Antarabangsa ( UIA ) iaitu Dr Haniza Binti Rais.Seramai 100 orang kakitangan dari kedua-dua kementerian telah mengikuti ceramah tersebut.Ceramah kali ini telah menekankan aspek bagaimana kita hendak menanggani sifat rasa sedih kita bila kita kehilangan orang yang kita sayang dan bagaimana kita hendak melalui hidup tanpa orang tersayang disisi kita.Hadir sama pada program tersebut ialah Puan Siti Asiah Binti Jusoh dari Unit Psikologi dan Kaunseling Bhg Sumber Manusia KDN dan Puan Anizah Binti Yusop Pegawai Psikologi Bhg Sumber Manusia KKLW.

–team ikdn