web analytics

Saya Pasti Bekerja Keras- MDN

30 July 2010

KDN Sana Sini

Kerajaan sentiasa mengambil dan memberi perhatian segera di atas isu-isu rakyat tanpa mengabaikan kepentingan mana-mana kaum. Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan demikian di Tumpat, Kelantan.

Beliau yang berada di sana sehari pada 29hb. Julai 2010 bersempena dengan Majlis Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan Malaysia kepada 89 penerima keturunan Siam di Wat Pikhuntong, Tumpat. Pemberian taraf kewarganegaraan itu berdasarkan Perkara 15(1) ~ Taraf Kewarganegaraan yang diberi secara daftaran, Perkara 16 ~ taraf Kewarganegaraan yang diberi kepada pemohon yang lahir sebelum tarikh merdeka (1957) dan Perkara 19(1) ~ Taraf Kewarganegaraan yang diberi secara naturalisasi bagi pemohon berumur melebihi 21 tahun.

Turut hadir ialah Dato’ Sri Mustapa b. Mohamad, YM Dato’ Raja Azahar b. Raja Abd. Manap dan pemimpin masyarakat setempat.

“Saya berjanji yang saya akan bekerja lebih keras lebih-lebih lagi dalam melaksanakan gagasan murni kita 1 Malaysia. Saya dan jentera kerajaan akan memastikan konsep ini dilaksanakan dengan jayanya,” katanya.

Menurut beliau gagasan 1 Malaysia memberi manafaat kepada semua dan ini terbukti dengan penganugerahan Taraf Kewarganegaraan Malaysia yang merupakan berita gembira kepada penerimanya.

Encik Chot a/l Cha Chan Pengerusi Persatuan Masyarakat Siam Kelantan merakamkan rasa terharu masyarakat Siam di atas penganugerahan itu. Kehadiran Dato’ Seri Hisham dan rombongan diserikan dengan persembahan kebudayaaan masyarakat Siam selepas itu.

–team berita ikdn