Maklum balas dari pelbagai kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat berhubung pelaksanaan 50 inisiatif Makmal Pengurusan Warga Asing (MPWA) telah dibincang antara dua menteri iaitu Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri) dan Datuk Dr. S. Subramanian (Menteri Sumber Manusia) di Mesyuarat Khas Berhubung Dengan Strategi Pelaksanaan Inisiatif Makmal Pengurusan Warga Asing. Mesyuarat berkenaan berlangsung di KDN pada 27 Julai 2010.
“Maklum balas ini penting untuk dibincangkan menjelang Mesyuarat JKKPA – PATI yang akan dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin b. Yassin) pada 2 Ogos ini. Daripada 50 inisiatif itu sebanyak 29 inisiatif telah dipersetujui untuk dilaksanakan berkaitan permintaan dan bekalan (4 inisiatif) , perundangan dan penguatkuasaan (17 inisiatif) sistem dan proses (8 inisiatif),” katanya.
Menurut beliau sebanyak 19 inisiatif memerlukan kajian lanjut sementara 2 inisiatif lagi telah digugurkan. Kesemua itu akan dilaksanakan dalam 3 fasa antara Julai 2010 – Disember 2011. Beliau turut memaklumkan bahawa 22 inisiatif yan glain jug atelah diputuskan oleh makmal yang berlangsung di Sabah dan dijangka akan turut dibentangkan kepada kabinet oleh Timbalan Perdana Menteri.
“Kita telah ketahui ‘bottle neck’ dan isunya. Apa yang lebih penting ialah apa jua tindakan kita, ianya tidak akan menjejaskan mana-mana pihak yang memerlukan pekerja asing. New Economic Model yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri telah memudahkan kerja kita kerana sektor kritikal dapat dikenalpasti,” katanya.
Dalam kenyataan akhbar beliau yang diedarkan kepada media selepas itu Dato’ Seri Hisham memaklumkan antara inisiatif yang akan dilaksanakan dalam Fasa II ialah penggunaan Sisitem Biometrik di setiap pintu masuk negara dan pembinaan Pangkalan data Majikan. Sistem Biometrik membolehkan identiti setiap pelawat ke negara ini direkodkan. Fasa II dijangka bermula antara Januari 2011 dan Jun 2011.
–team berita ikdn


















27 July 2010
KDN Sana Sini