web analytics

‘AKAD TOLAK RASUAH’ PROJEK KDN

6 August 2010

KDN Sana Sini

Lain dari yang lain Majlis Cadangan Pembinaan Kompleks CIQ Imigresen dan Jeti Penumpang yang berlangsung pada pagi 6hb. Ogos 2010.  Pelaksana projek Pesona Metro Sdn Bhd telah tampil membuat pengakuan dan pengistiharaan bahawa projek ini akan bebas dari segala elemen rasuah dan perasuahan.

Bersaksikan Ketua Setiausaha KDN Dato’ Sri Mahmood b. Adam dan barisan pengurusan tertinggi KDN, pengistiharaan itu dibaca, ditandatangani surat istiharnya dan diserahkan kepada KSU KDN.

Kompleks CIQ bernilai $73 juta dan dijangka akan diserahkan kepada KDN dalam tempoh 20 bulan.  Ia adalah projek terbengkalai apabila kontraktor pertama telah gagal melaksanakannya.

– team berita ikdn

,