web analytics

Berita On-Line Cabaran Baru – MDN

17 August 2010

KDN Sana Sini

Pada sidang akhbar sebelum mengakhiri lawatan ke Sin Chew Daily, seperti biasa Menteri Dalam Negeri bertemu warga media dari pelbagai agensi. Beliau menyentuh mengenai cabaran media baru seperti blog dan berita online yang kini menjadi trend di negara ini.

“Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, isu ini diberi perhatian oleh Kerajaan dengan penubuhan jawatan kuasa pemantauan media yang diurus setiakan oleh 3 kementerian iaitu Datuk Nazri Aziz, Datuk Rais (Dato’ Sri Utama Dr. Rais Yatim) dan saya sendiri,” katanya.

Menurut beliau lagi telah ada agensi yang diwujudkan untuk melihat perkara ini secara lebih khusus iaitu SKMM. Dato’ Seri Hisham terdahulu dalam kenyataan akhbar beliau berkata media siber telah memberikan saingan kepada akhbar. Beliau mengakui secara keseluruhannya media cetak masih mampu mengekalkan integriti dan lebih bertanggungjawab sebagai bahan rujukan dalam konteks berita dan ulasan.

“Dalam konteks kebebasan, jangan terkeliru antara hak majoriti dan hak individu,” katanya.

–team berita ikdn