web analytics

Dari Pasar Seni ke Putrajaya

10 August 2010

KDN Sana Sini

Menyemarakkan bulan kemerdekaan, Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak ketinggalan menyertai kumpulan motor besar yang berarak ke Putrajaya setelah berhenti rehat di Pasar Seni. Hampir 50 penunggang motosikal berkuasa tinggi yang disertai oleh hampir 30 orang penunggang motosikal kapcai dari Rela Motobikes Club (RMC) tiba di perkarangan Ibu Pejabat Rela Malaysia di Putrajaya sebagai simbolik tamatnya penjelajahan rentas Malaysia yang diadakan sejak 3 minggu yang lalu.

Ketibaan rombongan MDN itu disusuli dengan nyanyian koir RELA dan kibaran bendera dari pelajar sekolah sekitar Putrajaya yang turut sama-sama memeriahkan majlis ini. Majlis menandatangani banner Jelajah Merdeka menjadi acara utama di majlis ini. Sejurus selepas acara tandatangan, MDN bersama-sama dengan anggota RMC bergambar sebagai tanda kenang-kenangan.

Turut hadir di majlis tersebut adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman, Ketua Pengarah Rela Malaysia Dato’ Zaidon bin haji Asmuni, Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Dato’ Abdul Halim bin Abdul Hamid serta wakil dari Kementerian Dalam Negeri.

–team berita ikdn