web analytics

Demonstrasi Aksi Tembak Pasukan Komando 69

16 August 2010

KDN Sana Sini

Kunjungan MDN ke LISRAM pada 10 Ogos 2010 bukan sahaja membuka lembaran baru masa depan kompleks lapang sasar tersebut, malah MDN dan pengurusan tertinggi KDN turut dipertontonkan dengan pameran senjata api dan aksi tangkas pasukan Komando 69.

Pameran dan demonstrasi tersebut diadakan di ruang lapang sasar menembak selepas MDN selesai mempengerusikan mesyuarat bersama pimpinan atasan KDN dan PDRM di Kompleks LISRAM.


Pameran senjata api PDRM yang dibawa khas oleh Unit Persenjataan PDRM Bukit Aman tersebut turut menarik perhatian MDN untuk mencuba aset baru PDRM iaitu pistol Waltter 99 QA Compact 9mm buatan Jerman.

Ketangkasan dan kemahiran yang ditunjukkan oleh Pasukan Komando 69 yang berpusat di Ulu Kinta, Perak juga berjaya membuatkan semua yang hadir terpegun. Dalam demonstrasi tersebut, Komando 69 telah mempersembahkan sebanyak tiga jenis kemahiran berbeza iaitu Tembak Asas, Tembak Enam Kedudukan, Tembak Kemahiran (Ketepatan dan Pelbagai Kemahiran), serta Tembak Halangan.

Pasukan Komando 69 mula ditubuhkan pada tahun 1969 bertujuan membanteras sebarang kegiatan insurgensi oleh Parti Komunis Malaya pada masa itu. Dengan motto “Warisan Darah Perwira”, setiap skuadron dalam pasukan elit ini mempunyai kepakaran khusus masing-masing dan dilatih agar mampu menyerang dan memusnahkan musuh dari semua dimensi iaitu darat, udara dan air.

Menteri Dalam Negeri tidak ketinggalan mencuba senjata api berkenaan sebaik demonstrasi berkenaan berakhir.

–team berita ikdn