web analytics

Jawapan Berita Harian

2 August 2010

Surat Kepada Pengarang

SEGERA MELALUI FAKS
Ruj. Kami : JPN.PT.163/2/3 /1Klt.18 ( 43 )
Tarikh : 30 Julai 2010
Ketua Pengarang,
Berita Harian

Tuan,

MAKLUM BALAS ADUAN AKHBAR BERITA HARIAN BERTAJUK “KESILAPAN JANTINA ANAK DALAM MYKAD TAMBAH KOS RAKYAT” BERTARIKH 29 JULAI 2010, KHAMIS, M.S: N30 (SURAT & E-MEL)

Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Terlebih dahulu, Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) ingin mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan penulis IBU KECEWA, Bandar Baru Bangi, Selangor mengenai kualiti kecekapan dan perkhidmatan JPN berhubung dengan pengeluaran MyKad anaknya bagi tujuan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan di Jabatan ini.

3. Hasil siasatan dan semakan ke atas aduan tersebut, Jabatan ini mendapati terdapat kesilapan pada catatan jantina anak beliau. Pihak Jabatan ini telah pun membetulkan kesilapan tersebut dan anak beliau kan dikeluarkan dengan MyKad yang baru. Jabatan ini memohon maaf di atas kesulitan yang dialami oleh beliau semasa berurusan di Jabatan ini.

4. Jabatan ini akan memastikan kejadian seumpamanya tidak akan berulang bagi menjamin kualiti penyampaian perkhidmatan Jabatan kepada orang ramai sentiasa ditahap yang memuaskan. Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan/Tetamu, Ibu Pejabat JPN Putrajaya di talian 03-8880 7077 /7071 /7067 / 7069 / 8206 atau melalui e-mel pro@jpn.gov.my.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(JAINISAH BT. MOHD. NOOR)
Pegawai Perhubungan Awam.
b.p Ketua Pengarah,
Jabatan Pendaftaran Negara,
Malaysia.

No. Tel : 03-88807077
No. faks : 03-88808288
Email : pro@jpn.gov.my
s.k.: 1. Y. Bhg. Dato’ KPPN
2. Y. Brs. Tuan TKPPN (P)
3. Y. Brs. Tuan TKPPN (O)