Rujukan Kami : RELA 99 / 531/ klt17 ( )
Tarikh : Ogos 2010
Ketua Pengarang
Harian Metro
Tingkat 4, Balai Berita
31, Jalan Riong,
Bangsar
59100 KUALA LUMPUR.
( u.p. IM Lapor )
Tuan,
MAKLUM BALAS RELA TERHADAP SMS DI RUANGAN IM LAPOR DI AKHBAR HARIAN METRO BERTARIKH 7 OGOS 2010 DI MUKA SURAT 21 A
Sukacita dimaklumkan merujuk mesej melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS ) .oleh AlKeton658 ( IM 67132 ) mengenai Konvoi RELA berlagak samseng di akhbar Hari Metro muka surat 21 A bertarikh 7 Ogos 2010 adalah dirujuk.
2. Terlebih dahulu RELA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penulis di atas teguran serta komen ke arah penambahbaikan kaedah dan pelaksanaan tugas RELA pada masa-masa akan datang.
3. Untuk makluman tuan, Konvoi Jelajah Merdeka RELA 1 Malaysia telah buat penjelajahan ke seluruh Semenanjung mulai 31 Julai dan tamat pada 9 Ogos 2010 di Putrajaya. Ia dilancarkan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan manakala majlis penutup dilakukan Menteri Dalam Negeri.
4. Dalam isu yang dibangkitkan, pihak kami menyedari kesusahan serta kesesakan lalu lintas sementara yang berlaku bagi memberi laluan kepada konvoi seramai 94 penunggang motosikal besar RELA dan kenderaan -kenderaan pengiring melalui laluan yang sama untuk ke destinasi seterusnya.
5. Kami memohon maaf kepada semua pengguna lebuh raya serta jalan-jalan persekutuan dan negeri kerana terpaksa berhenti atau memperlahankan kenderaan masing-masing bagi memberi laluan kepada konvoi itu. Pihak kami mendapat sepenuh kerjasama dari pihak Polis Di Raja Malaysia bagi memastikan semua peserta konvoi dapat bergerak dengan teratur dan lancar.
6. Pihak kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengguna jalan raya di sepanjang laluan kami kerana telah memberi kerjasama sepenuhnya serta menyokong aktiviti yang dijalankan itu. Pihak kami juga memohon agar pengguna jalan raya sedia memahami situasi yang berlaku dan sedia memberikan kerjasama atau sokongan kepada program-program yang dijalankan .
Di atas pertimbangan dan perhatian tuan amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian.
“ BERINTEGRITI, BERDISIPLIN DAN BERHEMAH”
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah ,
( RAZALI BIN HAJI MOHAMED YASSIN )
Pegawai Perhubungan Awam
b.p Ketua Pengarah
Ikatan Relawan Rakyat Malaysia
KEMENTERIAN DALAM NEGERI.
s.k. Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah RELA
Ketua Setiausaha
Kementerian Dalam Negeri.
( u.p. Unit Perhubungan Awam )


















10 August 2010
Surat Kepada Pengarang