web analytics

Kami Tidak Bersendirian Rupanya – MDN

10 August 2010

KDN Sana Sini

Projek Msafe atau Malaysia Selamat adalah salah satu dari projek induk antara Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam mendidik masyarakat untuk bersama-sama membanteras jenayah. Projek ini juga bukti semua pihak boleh memainkan peranan tidak kira sektor korporat atau orang perseorangan.

Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika menyampaikan ucapan aluan beliau di program pelancaran projek itu di Ibu Pejabat Polis Putrajaya berkata sungguhpun KDN mempunyai kuasa khusus berkaitan keselamatan, pengembelengan tenaga dan komitmen akan membawa kejayaan yang lebih baik kepada NKRA mengurangkan jenayah jalanan.

“Penurunan kadar jenayah menunjukkan satu pencapaian yang menarik sungguhpun kita mensasarkan penghujung tahun ini tetapi statistik terkini menunjukkan kita telah mendahului antara 10-11 peratus apa yang kita sasarkan dulu,” katanya.

Angka ini bagaimanapun tidak wajar membuatkan pihak terbabit untuk merasa leka apatah lagi menarik nafas lega kerana jalan harus dicari agar angka jenayah jalanan dapat terus diturunkan. Beliau juga menyifatkan Msafe petanda KDN tidak bersendirian kerana semua pihak kelihatannya berusaha untuk bersama memerangi jenayah jalanan dengan fungsi dan bidang tugas masing-masing.

Msafe turut dihadiri oleh Menteri KPKK Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim yang kemudiaannya menyerahkan replika kunci Msafe kepada Dato’ Seri Hisham.

–team berita ikdn