KENYATAAN AKHBAR
TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI
4HB. JULAI 2010
Jawatankuasa Khas Kementerian Dalam Negeri Bagi Penambahbaikan Pengurusan Depot Jabatan Imigresen Malaysia
1. Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Penambahbaikan Pengurusan Depot Jabatan Imigresen Malaysia yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Dato’ Sri Mahmood b. Adam telah bermesyuarat pada jam 3 petang, 4 Ogos 2010.
2. Mesyuarat ini telah memutuskan bahawa tanggungjawab pengurusan Depot Jabatan Imigresen Malaysia dibahagikan mengikut Jabatan-jabatan di dalam Kementerian Dalam Negeri seperti berikut:
2.1 Penjara – pengurusan keselamatan dan kepenjaraan.
2.2 Imigresen – dokumentasi dan imigresen.
2.3 RELA – kawalan keselamatan luar.
3. Keputusan ini berkuatkuasa di tiga belas (13) buah Depot Jabatan Imigresen iaitu:
3.1 Sarawak (Simunjan dan Bekenu)
3.2 Johor (Pekan Nanas)
3.3 Melaka (Machap Umboo)
3.4 Negeri Sembilan (Lenggeng)
3.5 Selangor (KLIA dan Semenyih (dalam pembaikan)
3.6 Perak (Langkap)
3.7 Pulau Pinang (Juru)
3.8 Kedah (Belantik)
3.9 Kelantan (Tanah Merah)
3.10 Terengganu (Ajil)
3.11 Pahang (Kemayan)
4. Langkah ini diambil untuk memperkemas dan memantapkan lagi pengurusan depot di seluruh negara. Keputusan ini berkuatkuasa pada jam 6 petang, 4 Ogos 2010.
Dato’ Lee Chee Leong
Timbalan Menteri Dalam Negeri
4 Ogos 2010


















4 August 2010
Teks Ucapan MDN & TMDN