web analytics

KENYATAAN AKHBAR TMDN: KDN Alu-Alukan Input Dari Masyarakat Awam

KENYATAAN AKHBAR
TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
20HB. OGOS 2010

KDN ALU-ALUKAN INPUT DARI MASYARAKAT AWAM

1. Rumah Perlindungan Tanjong Kling (RPTK) yang diuruskan oleh Kementerian Negeri (KDN) kini sudah hampir seminggu beroperasi. RPTK yang terletak di Bukit Gadong, Melaka ini menempatkan sejumlah 75 orang mangsa jenayah pemerdagangan orang yang dipindahkan dari Depot Tahanan Imigresen di KLIA pada 15 Ogos 2010.

2. RPTK ini diketuai oleh seorang Penguasa Penjara serta dibantu oleh kakitangan dari Sekretariat Majlis Anti Pemerdagangan Orang, RELA, Imigresen, Pertahanan Awam dan Polis Diraja Malaysia

3. Ke arah menjadikan RPTK sebagai satu insitusi yang terus menyumbang terhadap usaha memerangi jenayah pemerdagangan manusia, maka KDN amat mengalu-alukan sebarang cadangan atau maklumbalas dari semua pihak termasuk orang ramai, pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatannya.

4. Sebarang cadangan atau maklumbalas boleh disalurkan kepada Bahagian Komunikasi Korporat, Aras 9, Blok D1, Kementerian Dalam Negeri. Faks: 03 88885932 atau emel ke webmaster@moha.gov.my.

Terima kasih.

Dato’ Lee Chee Leong
Timbalan Menteri Dalam Negeri
20 Ogos 2010