web analytics

KENYATAAN MEDIA KDN: Kes Lari 20 Warganegara Afghanistan di Pusat Perlindungan Sementara Depot KLIA

3 August 2010

KDN Sana Sini

No. Fail : UK03/10/1-1 ( )

KENYATAAN AKHBAR
TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
03HB OGOS 2010

KES LARI 20 WARGANEGARA AFGHANISTAN DI PUSAT PERLINDUNGAN SEMENTARA DEPOT KLIA

1. Lanjutan daripada peristiwa 20 orang warganegara Afghanistan mangsa pemerdagangan orang yang lari dari Rumah Perlindungan Sementara di Depot Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada Ahad 01hb Ogos 2010.

2. Berikut merupakan tindakan “corrective” dan “preventive” yang sedang dan telah diambil oleh pihak Kementerian Dalam Negeri

2.1. Jabatan Imigresen Malaysia telah menggantung tugas serta merta 20 orang Pegawai Imigresen yang bertugas di Depot Tahanan Imigresen bermula pada hari kejadian.

2.2. Satu jawatankuasa siasatan telah ditubuhkan pada 02hb Ogos 2010 yang diketuai oleh Y.M Dato’ Raja Azahar bin Raja Abdul Manap, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan selaku Pengerusi dan ahli-ahlinya adalah seperti berikut :

• Encik Wahab bin Mohd Yasin
Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Imigresen

• Puan Aloyah binti Mamat
Pengarah Bahagian Sumber Manusia Jabatan Imigresen Malaysia

• Puan Anita Zarina binti Salahuddin
Timbalan Setiausaha Bahagian Sumber Manusia

• Puan Surayati binti Ibrahim
Timbalan Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Imigresen

• Encik Nik Ahmad Zahazli bin Nik Yah
Penolong Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Imigresen

• Encik Ahmad Musawwir bin Azzudin
Penolong Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Imigresen

• Encik Mohd Firdaus bin Ismail
Penolong Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Imigresen

• Puan Nurhafiza binti Ismail
Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia

3. Diantara syor-syor awal oleh Jawatankuasa Siasatan adalah seperti berikut :

3.1. Jawatankuasa siasatan telah mengenalpasti terdapat kelemahan dari segi disiplin dan kepimpinan yang ada di Depot Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang.

3.2. Jawatankuasa mencadangkan supaya sebagai langkah sementara dikenalpasti sebanyak tiga (03) orang Pegawai Kanan dari Jabatan Penjara Malaysia dari gred 44 (Penguasa Penjara) untuk mengetuai tiga (03) Depot yang dikenalpasti menghadapi masalah iaitu Depot Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, Depot Tahanan Imigresen Juru, Pulau Pinang dan Depot Tahanan Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan

3.3. Pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Penjara Malaysia ini akan mengetuai Depot-depot yang disenaraikan bermula 04hb Ogos 2010.


DATO’ LEE CHEE LEONG
TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI
KEMENTERIAN DALAM NEGERI

03HB. OGOS 2010