web analytics

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN DALAM NEGERI

14 August 2010

KDN Sana Sini

KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
14HB. OGOS 2010

1. Akhbar Nanyang Siang Pau, China Press, Sin Chew Daily dan Guang Ming Daily pada siaran akhbar bertarikh 12hb. Ogos 2010 telah menyiarkan berita ketidakpuasan hati sekumpulan pemohon taraf kewarganegaraan di bawah Perkara 19(1) Perlembagaan Persekutuan di atas salah tempat lokasi temuduga.

2. Kementerian Dalam Negeri telah menjalankan siasatan dan telah mengenalpasti keadaan sebenar yang mencetuskan kelam kabut pada hari yang berkenaan.

3. Pada 11 Ogos 2010, Urus setia Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan, KDN yang sedang menjalankan urusan temuduga di Dewan Cergas Perdana Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya telah didatangi oleh 29 orang berbangsa Cina. Kumpulan ini kemudiannya dikenalpasti sebagai pemohon kewarganegaraan dari Sungai Besar, Selangor. Mereka dijurupandu oleh seorang wanita bernama Ng Swee Lee (No. Kad Pengenalan 650611-10-5958) yang kononnya bertindak sebagai wakil kepada kumpulan ini.

4. Suka KDN mengesahkan bahawa mereka adalah pemohon kewarganegaran tetapi nama mereka tidak berada dalam senarai yang akan ditemuduga pada hari yang berkenaan. Bagaimanapun demi menghargai kehadiran mereka, temuduga tetap dilaksanakan oleh Urus setia.

5. Oleh kerana nama mereka tidak berada dalam senarai yang akan ditemuduga pada hari yang berkenaan maka Urus Setia sudah pastinya tidak bersedia dengan dokumen dan fail kes. Sehubungan itu tidak berbangkit sama sekali KDN telah memberikan salah maklumat berkait temuduga yang akan dilaksanakan.

6. Sesungguhnya KDN merasa kesal dengan kekalutan yang timbul ini dan berharap para pemohon lain di masa hadapan mematuhi tarikh dan waktu mereka sepatutnya ditemuduga agar perkara seperti ini dapat dielakkan.

Terima Kasih jua.

JAMILAH TAIB

KETUA KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN DALAM NEGERI

, , , , , , ,