web analytics

KENYATAAN MEDIA TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI 06HB. OGOS 2010

6 August 2010

Teks Ucapan MDN & TMDN

KENYATAAN MEDIA

TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

06HB. OGOS 2010

 

PERPINDAHAN KE RUMAH PERLINDUNGAN

  1.  Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Dalam Negeri serta Mesyuarat Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Pengurusan Depot Jabatan Imigresen Malaysia yang bersidang pada 6 Ogos 2010 telah memutuskan bahawa semua mangsa Pemerdagangan Orang yang kini ditempatkan di Depot Tahanan Warga Asing di KLIA akan dipindahkan ke Rumah Perlindungan di Tanjong  Kling, Melaka.
  2. Perpindahan ini berhasrat memberikan perlindungan yang lebih sempurna kepada mangsa pemerdagangan orang dan akan dilaksanakan pada 15 Ogos 2010.  Rumah Perlindungan ini diuruskan oleh Jabatan Pengurusan Depot KDN yang dianggotai oleh para pegawai dari Jabatan Penjara, Jabatan Imigresen Malaysia, RELA dan Polis Diraja Malaysia.

Dato’ Lee Chee Leong

Timbalan Menteri Dalam Negeri

Kementerian Dalam Negeri

06hb. Ogos 2010.

,