KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
13 OGOS 2010
KDN TEMPATKAN PASUKAN PARAMEDIK JPAM
1) Jawatankuasa Khas Pengurusan Depot Jabatan Imigresen Malaysia serta Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 13 Ogos 2010 telah memutuskan bahawa satu pasukan Paramedik dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan ditempatkan di Rumah Perlindungan Tanjung Kling, Melaka yang menempatkan mangsa pemerdagangan orang.
2) Kehadiran pasukan paramedik ini bertujuan untuk menyediakan khidmat perubatan asas dan seterusnya meningkatkan mutu perkhidmatan KDN kepada para penghuni rumah perlindungan tersebut.
3) Bermula 15hb. Ogos 2010, seramai 75 orang mangsa pemerdagangan orang terdiri dari warga Sri Lanka, Bangladesh, Vietnam, Afghanistan dan India akan dipindahkan dari Depot Tahanan Imigresen KLIA ke Rumah Perlindungan Tanjung Kling, Melaka.
Terima Kasih
Dato’ Lee Chee Leong
Timbalan Menteri Dalam Negeri
Kementerian Dalam Negeri


















13 August 2010
Teks Ucapan MDN & TMDN