Berdasarkan maklumat pada 13/05/2010 jam 0330 hrs sepasukan UPP Bukit Bunga, Kelantan yang diketuai oleh Sarjan 96385, Kopral 109607, 114341, L/Kpl 124911, L/KplS 11098, PiK 7122 dan KPL 124350 Ketua Risik UPP Rantau Panjang telah berjaya menahan sebuah m/lori jenis Hicom Warna Merah No. Pendaftaran ADU 5140 di hadapan sebuah kedai kopi di Kampung Jakar, Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan.
Pemandu dan kelindan berjaya melarikan diri di dalam cuaca yang gelap.Lori tersebut kemudiannya dibawa balik ke Pejabat UPP Bukit Bunga.
Setelah diperiksa, lori tersebut telah membawa muatan 115 kotak mercun dan bunga api pelbagai jenis dengan anggaran harga RM2,000 sekotak. Jumlah keseluruhan rampasan adalah bernilai RM230,000.00. Lori dan segala rampasan mercun tersebut diserahkan kepada Kastam Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.

Ahmansah Bin Ahmad
Unit Pencegah Penyeludupan (UPP)
Bahagian Kepolisan Dan Keselamatan Sempadan
Kementerian Dalam Negeri


















17 August 2010
KDN Sana Sini