LAPORAN OPERASI
NAMA DAN ALAMAT PREMIS:
1) BEST VALUE TRADING, LOT 2.67 THE SUMMIT,
PERSIARAN KEWAJIPAN USJ
2) PREMIS TANPA NAMA, LOT 1.100 THE
SUMMIT, PERSIARAN KEWAJIPAN USJ
3) PREMIS TANPA NAMA, LOT 2.75 THE SUMMIT,
PERSIARAN KEWAJIPAN USJ(STOR)
UNIT RAMPASAN:
1) 89 FILEM DVD PELBAGAI TAJUK
2) 626 FILEM DVD PELBAGAI TAJUK
SEKSYEN:
18(4)(a) AKTA PENAPISAN FILEM 2002
MAKLUMAT ORANG KENA TANGKAP:
(1) NAMA: ABDUL BIN HASSAN
NO. KAD PENGENALAN/ PASSPORT: 680527-12-5099
JANTINA: LELAKI
(2) NAMA: DELL DE FADELL BIN JAAFAR
NO. KAD PENGENALAN/ PASSPORT: 890407-12-5997
JANTINA: LELAKI
FAKTA KES:
Pada 12/08/2010 jam 12.00 tengahari sepasukan penguatkuasa daripada Unit Penguatkuasa Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasa, Cawangan Selangor seramai 05 orang telah menghadiri taklimat Operasi Bersepadu oleh Unit Risikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Ibu Pejabat di Aras 3 Blok D6 Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya.
Taklimat telah diberi oleh Pegawai Penguasa En. Shukri dan disertai oleh 08 anggota dari SPRM sendiri. Sasaran adalah dari sumber SPRM sendiri iaitu 02 buah premis menjual DVD dan 01 buah stor yang disyaki sebagai transit filem- filem lucah di The Summit Square, USJ Subang Jaya.
Kekuatan anggota Operasi Bersepadu Unit Penguatkuasa Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasa, Cawangan Selangor seramai 05 anggota diketuai oleh Fazi Amar Ahmad Suhimi dan kekuatan anggota Unit Risikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Ibu Pejabat seramai 08 anggota yang diketuai oleh Pegawai Penguasa En. Shukri.
Operasi bermula pada jam 3.15 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang. Dalam operasi serbuan tersebut sebanyak 715 filem dalam bentuk DVD telah di rampas di dalam kedua- dua premis tersebut kerana tidak ada Perakuan ‘B’ dan seramai 03 orang lelaki berbangsa Melayu telah di tahan untuk siasatan lanjut.
Hasil maklumat Unit Risikan SPRM sebuah stor yang disyaki sebagai tempat simpanan filem- filem lucah telah di pecah masuk oleh Unit Penguatkuasa Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasa, Cawangan Selangor dengan menggunakan “Cutter”( Disertakan Gambar). Hasil pemeriksaan di dalam stor , didapati tidak ada filem- filem lucah di jumpai di dalam stor tersebut. Ia merupakan stor penyimpanan barang- barang elektrik sahaja. Tuan Punya stor telah di hubungi untuk tujuan pemberitahuan pecah masuk stor oleh Unit Penguatkuasa Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasa, Cawangan Selangor.
Laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Putrajaya untuk rampasan DVD dan pecah masuk stor.





BERTARIKH:
13/08/2010
(KETUA OPERASI)


















17 August 2010
KDN Sana Sini