web analytics

Lawatan Kerja Y.B Timbalan Menteri Dalam Negeri ke Kawalan Filem,KDN

6 August 2010

KDN Sana Sini

Timbalan Menteri Dalam Negeri Y.B. Datuk Wira Abu Seman Bin Yusop telah melakukan lawatan kerja beliau yang pertama ke Bahagian Kawalan Filem dan Penguatkuasaan di Blok D2.

Dalam lawatan itu beliau telah di temani oleh isteri beliau iaitu Datin Wira Rahimi Binti Yeop. Y.B Datuk Wira telah diberi taklimat berkenaan fungsi Bahagian Kawalan Filem oleh Setiausaha Bahagian Encik Thanasigaran dan juga menonton tayangan wayang gambar bertajuk `THE EXPANDABLES`.

Y.B Datuk Wira telah dibawa melawat pameran dan juga bilik percetakan sijil B di aras 2. Hadir dalam lawatan kerja Y.B Datuk Wira ialah Ketua Setiausaha ( K ) Datuk Ahmad Fuad Bin Abdul Aziz dan isteri, pegawai kanan Bahagian Kawalan Filem dan Ahli Lembaga Penapis.