MAJLIS BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Mengambil sempena kehadiran Ramadhan Al Mubarak yang penuh berkatnya KDN menganjurkan Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat yang berlangsung di Surau As-Syakirin, Aras 1, Blok D1, Kompleks D, di Putrajaya pada 30 Ogos 2010 bersamaan 20 Ramadhan 1431 Hijrah. Majlis ini dihadiri oleh KSU Kementerian Dalam Negeri Dato’ Seri Mahmood bin Adam. Turut hadir ialah TKSU (P) Dato’ Haji Md Nor bin Hashim , TKSU (Khas) Dato’ Abdul Bakir bin Haji Zin dan TKSU (K) Dato’ Abdul Rahim bin Mohd Radzi.
Ketua Pengarah RELA Dato’ Zaidon bin Haji Asmuni, Setiausaha-setiausaha Bahagian, pegawai-pegawai dan warga kerja KDN yang lain turut hadir. Majlis Bacaan Yassin kali ini bertujuan memberi peringatan kepada umat Islam menjelang malam Lailatul-Qadar. Di samping itu, tahlil dan doa selamat itu ditujukan kepada kaum keluarga kakitangan KDN yang telah meninggal dunia.
Majlis dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan Ustaz Mohd Meeftah bin Anuar dari Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks Al-Quran. Tazkirah menyentuh kebesaran Bulan Ramadhan dan warga KDN tidak wajar melepaskan peluang ini.
–team berita ikdn


















30 August 2010
KDN Sana Sini