web analytics

Majlis Penyerahan Surat Kelulusan Lesen Agensi Persendirian

6 August 2010

KDN Sana Sini

Kebanyakkan syarikat dan organisasi di Malaysia memerlukan premis atau kawasan mereka dikawal rapi atas dasar keselamatan bagi mengelak sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku. Selaras dengan itu, Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan satu Majlis penyerahan surat kelulusan lesen agensi persendirian kepada syarikat-syarikat yang telah memohon.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Sri Mahmood Adam telah menyampaikan surat kelulusan lesen agensi persendirian kepada 9 buah syarikat yang telah berjaya dalam temuduga untuk mendapatkan lesen tersebut. Temuduga bagi permohonan lesen ini telah diadakan pada bulan Julai yang lalu.

Dilaporkan sebanyak 17 buah syarikat telah memohon keseluruhannya dan hanya 9 buah syarikat sahaja yang berjaya bagi menubuhkan agensi keselamatan ini.

Majlis di akhiri dengan sesi soal jawab di antara Dato’ Sri Mahmood Adam bersama wakil-wakil syarikat yang hadir berkenaan garis panduan dan beberapa perkara keselamatan lain. Turut hadir pada majlis ini adalah mantan Timbalan Ketua Setiausaha (K) Dato’ Ahmad Fuad Ab. Aziz dan Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman, Dato’ Alias Hj Ahmad.

–team berita ikdn

,