web analytics

Majlis Ucapan Tahniah dan Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan Malaysia

10 August 2010

KDN Sana Sini

Kerajaan akan sentiasa mengambil berat mengenai kebajikan dan isu-isu masyarakat. Timbalan Menteri Dalam Negeri , Dato’ Lee Chee Leong menegaskan demikian di Ipoh, Perak. Beliau yang berada di sana sehari pada 9 Ogos 2010 bersempena dengan Majlis Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan Malaysia kepada 67 penerima di Kompleks Pejabat Kementerian Dalam Negeri, Ipoh.

Pemberian taraf kewarganegaraan itu berdasarkan Perkara 15(1) ~ Taraf kewarganegaraan yang diberi secara daftaran, Perkara 15 (A), Permohonan kepada kanak-kanak di bawah umur 21 tahun, Perkara 15 (2), Kanak-kanak di bawah umur 21 tahun di mana salah seorang ibu atau bapanya bertaraf warganegara, Perkara 16 ~ Taraf kewarganegaraan yang diberi kepada pemohon yang lahir sebelum tarikh merdeka (1957) dan Perkara 19(1)~ Taraf kewarganegaraan yang diberi secara naturalisasi bagi pemohon berumur melebihi 21 tahun.

Turut hadir ialah Datin Jariah Binti Mohd Said, Setiausaha Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan, Dato’ Zakaria Bin Yusof, Timbalan Ketua Polis Negeri Perak, Tuan Haji Zulkifli Bin Rahmat, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Pendaftaran Negara dan Ketua-ketua Jabatan dan Agensi cawangan Perak, Kementerian Dalam Negeri. Penerima-penerima juga melahirkan rasa gembira dan berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia di atas penganugerahan yang telah disampaikan.

–team ikdn

,