web analytics

Maklum Balas Aduan Akhbar HARIAN METRO Bertarikh 18 OGOS 2010, RABU M.S. 21A, ruangan IM LAPOR

20 August 2010

Surat Kepada Pengarang

SEGERA DENGAN FAKS

Ruj. Kami   : JPN.PT:163/2/3/1 Klt.18 ( 69 )
Ruj. Tuan   :
Tarikh         : 19 Ogos 2010

Ketua Pengarang
Harian Metro

Tuan,

MAKLUM BALAS ADUAN AKHBAR HARIAN METRO BERTARIKH 18 OGOS 2010, RABU M.S. 21A, RUANGAN IM LAPOR

Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada aduan mengenai perkara di atas.

2. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merujuk kepada isu yang dikemukakan oleh MELAYUASLI [IMB13176] berkenaan persoalan macam mana ada anak pendatang berketurunan Melayu sedangkan ayah India dan ibu berasal dari Indonesia.

3. Untuk makluman, penentuan keturunan kanak-kanak di dalam sijil kelahiran adalah berdasarkan keturunan ibu dan bapa kanak-kanak tersebut. Sekiranya salah seorang ibu atau bapa kanak-kanak berketurunan Melayu dan berkahwin secara sah, maka kanak-kanak adalah layak untuk keturunan Melayu.

4. Sehubungan dengan itu, sekiranya terdapat kesilapan sebagaimana yang dinyatakan oleh MELAYUASLI mohon kerjasama untuk mengemukakan maklumat berkaitan bagi membantu Jabatan ini membuat semakan, siasatan dan tindakan.

Sekian,terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(JAINISAH BINTI MOHD NOOR)
Pegawai Perhubungan Awam
b.p Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara
Malaysia.
No. Tel : 03-88807077
No. faks :03-88808288
Email : pro@jpn.gov.my

s.k.: 1. Y. Bhg. Dato’ KPPN
2. Y. Brs. Tuan TKPPN (P)
3. Y. Brs. Tuan TKPPN (O)