SEGERA DENGAN FAKS
Ruj. Kami : JPN.PT:163/2/3/1 Klt.18 ( 81 )
Ruj. Tuan :
Tarikh : 24 Ogos 2010
Ketua Pengarang
Harian Metro
Tuan,
MAKLUM BALAS ADUAN AKHBAR HARIAN METRO BERTARIKH 23 OGOS 2010, ISNIN M.S. 21A, RUANGAN IM LAPOR
Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada aduan mengenai perkara di atas.
2. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merujuk kepada isu yang dikemukakan oleh IBU7ANK [IMB52694] kerana “tidak puas hati JPN Johor, semua butiran kelahiran didaftar di kaunter JPN HSA dan balai polis tak dapat dikesan untuk pendaftaran baru”.
3. Jabatan ini ingin menjelaskan bahawa semua dakwaan tersebut adalah tidak tepat sama sekali. Jabatan ini adalah satu-satunya Jabatan yang bertanggungjawab menyimpan semua rekod-rekod kelahiran penduduk negara ini. Untuk makluman semua rekod kelahiran di Jabatan ini perlu dikemaskini di dalam sistem. Walaubagaimana pun masih terdapat sebahagian maklumat yang masih belum dibuat pengemaskinian sepenuhnya terutamanya bagi rekod-rekod pendaftaran kelahiran yang diterima di Hospital-hospital dan balai polis. Ini menyebabkan Jabatan tidak boleh mengeluarkan gantian sijil kelahiran baru pada hari yang sama sebaliknya memerlukan 7 hari bekerja.
4. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan/Tetamu, Ibu Pejabat JPN Putrajaya di talian 03-8880 7077/7071/7067/7069/8206 atau melalui e-mel pro@jpn.gov.my.
Sekian,terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(JAINISAH BINTI MOHD NOOR)
Pegawai Perhubungan Awam
b.p Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara
Malaysia.
No. Tel : 03-88807077
No. faks :03-88808288
Email : pro@jpn.gov.my
s.k.: 1. Y. Bhg. Dato’ KPPN
2. Y. Brs. Tuan TKPPN (P)
3. Y. Brs. Tuan TKPPN (O)


















25 August 2010
Surat Kepada Pengarang