web analytics

Maklum Balas Aduan Akhbar SINAR HARIAN Bertajuk “SAYA HENDAK KAHWIN: SUHAILA DAKWA KAD PENGENALAN DISALAH GUNA ADIK TIRI” bertarikh 16 OGOS 2010, ISNIN M.S: T9

20 August 2010

Surat Kepada Pengarang

SEGERA DENGAN FAKS

Ruj. Kami   : JPN.PT:163/2/3/1 Klt.18 ( 68 )
Ruj. Tuan   :
Tarikh         : 19 Ogos 2010

Ketua Pengarang
Sinar Harian

Tuan,

MAKLUM BALAS ADUAN AKHBAR SINAR HARIAN BERTAJUK “SAYA HENDAK KAHWIN: SUHAILA DAKWA KAD PENGENALAN DISALAH GUNA ADIK TIRI” BERTARIKH 16 OGOS 2010, ISNIN M.S: T9

Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada aduan mengenai perkara di atas.

2. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin menjelaskan dakwaan pengadu Suhaila Abdul Yarus berkenaan kad pengenalan beliau telah disalah guna oleh adik tirinya. Untuk makluman pihak JPN telah mengadakan satu sesi temuduga bersama-sama pengadu di JPN Kerteh, Terengganu bagi mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut tentang permasalahan yang dihadapi beliau.

3. Hasil daripada perjumpaan tersebut Jabatan ini mendapati terdapat banyak percanggahan maklumat berbanding dengan rekod Jabatan ini. Jabatan ini ingin memaklumkan bahawa siasatan lanjut akan dijalankan dan sekiranya didapati sebarang penyelewengan/salahguna kad pengenalan benar-benar berlaku, tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana individu yang terbabit.

Sekian,terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(JAINISAH BINTI MOHD NOOR)
Pegawai Perhubungan Awam
b.p Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara
Malaysia.
No. Tel : 03-88807077
No. faks :03-88808288
Email : pro@jpn.gov.my

s.k.: 1. Y. Bhg. Dato’ KPPN
2. Y. Brs. Tuan TKPPN (P)
3. Y. Brs. Tuan TKPPN (O)