SEGERA DENGAN FAKS
Ruj. Kami : JPN.PT:163/2/3/1 Klt.18 ( 70 )
Ruj. Tuan :
Tarikh : 19 Ogos 2010
Ketua Pengarang
Sinar Harian
Tuan,
MAKLUM BALAS ADUAN AKHBAR SINAR HARIAN BERTAJUK “SEABAD TIDAK MEMILIKI MYKAD SUKARKAN WARGA EMAS PEROLEH BANTUAN DARI JKM” BERTARIKH 18 OGOS 2010, RABU M.S: MNS 18 – JELEBU
Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada aduan mengenai perkara di atas.
2. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin menjelaskan dakwaan warga emas Wong Yot Wa dari Simpang Pertang, Jelebu yang tidak memiliki MyKad telah menyukarkan beliau memohon bantuan JKM.
3. Untuk makluman, pada 18 Ogos 2010, Penyelia Pejabat JPN Jelebu, Negeri Sembilan telah pergi ke rumah pengadu bagi mendapatkan penjelasan lanjut tentang permasalah yang dihadapi oleh pengadu. Hasil semakan mendapati beliau tidak pernah membuat sebarang permohonan bagi mendapatkan status kewarganegaraan. Pengadu memaklumkan bahawa beliau pernah datang hadir di JPN Jelebu dan telah diberikan borang permohonan kewarganegaraan untuk dilengkapkan dan diserahkan semula ke Jabatan ini.
4. Pihak JPN mendapati borang permohonan kewarganegaraan yang diperolehi masih di dalam simpanan pengadu dan tidak pernah dimajukan ke JPN untuk diproses. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pengadu agar melengkapkan dan mengemukakan borang permohonan tersebut bagi membolehkan Jabatan ini memproses permohonan kewarganegaraannya berdasarkan Undang-Undang dan Peraturan yang sedia ada.
Sekian,terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(JAINISAH BINTI MOHD NOOR)
Pegawai Perhubungan Awam
b.p Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara
Malaysia.
No. Tel : 03-88807077
No. faks :03-88808288
Email : pro@jpn.gov.my
s.k.: 1. Y. Bhg. Dato’ KPPN
2. Y. Brs. Tuan TKPPN (P)
3. Y. Brs. Tuan TKPPN (O)


















20 August 2010
Surat Kepada Pengarang