web analytics

MAKLUM BALAS ADUAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA BERTAJUK “KESAL JPN TAMAN MALURI” BERTARIKH 7 OGOS 2010, SABTU M.S. 14, RUANGAN FORUM

13 August 2010

Surat Kepada Pengarang

Ruj. Kami : JPN.PT:163/2/3/1 Klt.18 (55)

Ruj Tuan:

Tarikh: 11 Ogos 2010

Ketua Pengarang

Utusan Malaysia

Tuan / Puan,

MAKLUM BALAS ADUAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA BERTAJUK “KESAL JPN TAMAN MALURI” BERTARIKH 7 OGOS 2010, SABTU M.S. 14, RUANGAN FORUM

Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada aduan mengenai perkara di atas.

2.       Terlebih dahulu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan penulis ZANAILY Kuala Lumpur berhubung dengan kualiti penyampaian perkhidmatan kaunter di JPN Taman Maluri, Kuala Lumpur.

3.       Jabatan ini sentiasa menerima aduan/komen/pandangan secara positif dan ianya diambil serius bagi mempertingkatkan lagi kualiti sistem penyampaian kepada pelanggan. JPN berasa kesal di atas kesulitan yang dihadapi oleh ZANAILY semasa berurusan di Jabatan ini. Tindakan telah diambil bagi memastikan perkara sedemikian tidak berulang di masa akan datang.

Sekian,terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(JAINISAH BINTI MOHD NOOR)

Pegawai Perhubungan Awam

b.p Ketua Pengarah

Jabatan Pendaftaran Negara

Malaysia.

No. Tel  : 03-88807077

No. faks :03-88808288

Email   : pro@jpn.gov.my

s.k.:             1.       Y. Bhg. Dato’ KPPN

2.       Y. Brs. Tuan TKPPN (P)

3.       Y. Brs. Tuan TKPPN (O)