web analytics

MAKLUM BALAS ADUAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA BERTARIKH 12 OGOS 2010, KHAMIS M.S. 12, RUANGAN FORUM

13 August 2010

Surat Kepada Pengarang

Tarikh: 12 Ogos 2010

Ketua Pengarang

Utusan Malaysia

Tuan,  

 

MAKLUM BALAS ADUAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA BERTARIKH 12 OGOS 2010, KHAMIS M.S. 12, RUANGAN FORUM

               

Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada aduan mengenai perkara di atas.

2.       Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merujuk kepada isu yang dikemukakan oleh BAYU SABAH berkenaan pemalsuan MyKad oleh warga asing. Untuk makluman JPN sentiasa mengambil mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana aktiviti pemalsuan dokumen samada kes luaran atau dalaman dengan bekerjasama dengan lain-lain agensi penguatkuasa seperti SPRM/Imigresen/JPJ/Polis /Rela dan lain-lain.”

3.       Ingin ditegaskan di bawah Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 menjelaskan bahawa tanpa kuasa yang sah atau sebab yang munasabah, mendapatkan lebih daripada satu kad pengenalan atau menggunakan kad pengenalan palsu atau kad pengenalan selain daripada kepunyaannya atau memiliki apa-apa dokumen pengenalan palsu yang dikeluarkan di bawah peraturan-peraturan ini atau apa-apa dokumen pengenalan lain yang bukan atas namanya adalah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 25 yang mana apabila disabitkan boleh dikenakan penjara tidak melebihi 3 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Sekian,terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,

(JAINISAH BINTI MOHD NOOR)

Pegawai Perhubungan Awam

b.p Ketua Pengarah

Jabatan Pendaftaran Negara

Malaysia.

No. Tel  : 03-88807077

No. faks :03-88808288

Email   : pro@jpn.gov.my

 

s.k.:             1.       Y. Bhg. Dato’ KPPN

                    2.       Y. Brs. Tuan TKPPN (P)

                    3.       Y. Brs. Tuan TKPPN (O)