web analytics

Maklum Balas Aduan Berita Harian Ruangan R@kan BH – 5 OGOS 2010

6 August 2010

Surat Kepada Pengarang

Ruj. Kami : JPN.PT:163/2/3/1 Klt.18 (47)
Ruj. Tuan :
Tarikh : 5 Ogos 2010

SEGERA DENGAN FAKS

Ketua Pengarang
Berita Harian

Tuan / Puan,

MAKLUM BALAS ADUAN AKHBAR BERITA HARIAN RUANGAN R@KAN BH BERTARIKH 5 OGOS 2010, KHAMIS M.S. 41

Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada aduan mengenai perkara di atas.

2. Terlebih dahulu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan penulis ANTICULAS: BHA23811 berhubung dengan kualiti penyampaian perkhidmatan di JPN Maju Junction, Kuala Lumpur bagi tujuan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan di Jabatan ini.

3. Untuk makluman pihak Jabatan menerima aduan tersebut secara positif bagi mempertingkatkan lagi tatacara pengambilan gambar, petugas kaunter juga sentiasa diingatkan agar setiap individu diberi masa untuk mempersiapkan diri sebelum proses pengambilan gambar dibuat bagi mengelakkan perkara yang sama berulang di masa akan datang.

Sekian,terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(JAINISAH BINTI MOHD NOOR)
Pegawai Perhubungan Awam
b.p Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara
Malaysia.
No. Tel : 03-88807077
No. faks :03-88808288
Email : pro@jpn.gov.my
s.k.: 1. Y. Bhg. Dato’ KPPN
2. Y. Brs. Tuan TKPPN (P)
3. Y. Brs. Tuan TKPPN (O)