MAKLUMAN MEDIA
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Tuan Pengarang,
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Depot Jabatan Imigresen Malaysia yang bermesyuarat pada 5 Ogos 2010 telah memutuskan bahawa Rumah Perlindungan Tanjong Kling (RPTK) kini bersedia untuk menerima 144 orang mangsa kegiatan pemerdagangan orang yang akan berpindah dari Depot Tahanan Jabatan Imigresen KLIA pada 15 Ogos 2010.
Kesemua mangsa yang merupakan lelaki dipecahkan mengikut kewarganegaraan seperti berikut:
• 92 Sri Lanka
• 33 Bangladesh
• 8 Vietnam
• 7 Afghanistan
• 3 India
• 1 Myanmar



RPTK ini dahulunya merupakan Kuarters Jabatan Imigresen Negeri Melaka. Setelah dibaik pulih, ianya kini boleh menempatkan seramai 200 orang mangsa di dalam 12 buah rumah.
Tugas mengurus RPTK ini dikendalikan oleh Jabatan Pengurusan Depot KDN dan dibahagikan kepada 3 syif dengan jumlah kakitangan seramai 35 orang yang bertugas pada setiap syif.
Berbanding dengan depot KLIA yang lebih berbentuk kem tahanan, suasana di RPTK ini adalah lebih selesa dan lebih sesuai untuk mangsa pemerdagangan orang.
Terima Kasih
Dato’ Lee Chee Leong
Timbalan Menteri Dalam Negeri
Kementerian Dalam Negeri
09hb. Ogos 2010.


















9 August 2010
KDN Sana Sini