web analytics

MAKLUMBALAS ADUAN AKHBAR SINAR HARIAN BERTAJUK “MOHON PERCEPAT PROSES DOKUMENTASI” BERTARIKH 23 OGOS 2010, ISNIN M.S: S20 – SKUAD CAKNA KLANG

25 August 2010

Surat Kepada Pengarang

SEGERA DENGAN FAKS

Ruj. Kami : JPN.PT:163/2/3/1 Klt.18 ( 82 )
Ruj. Tuan :
Tarikh       : 25 Ogos 2010

Ketua Pengarang
Sinar Harian

Tuan,

MAKLUMBALAS ADUAN AKHBAR SINAR HARIAN BERTAJUK “MOHON PERCEPAT PROSES DOKUMENTASI” BERTARIKH 23 OGOS 2010, ISNIN M.S: S20 – SKUAD CAKNA KLANG

Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada aduan mengenai perkara di atas.

2. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin menjelaskan berkenaan seorang warga emas Puan Satrah Nabowah memohon Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya supaya mempercepatkan permohonan pendaftaran lewat kelahiran anak angkatnya bagi memudahkan urusan masa depan anaknya itu.

3. Hasil semakan mendapati pengadu telah mengemukakan permohonan daftar lewat kelahiran anak angkatnya di JPN Daerah Klang pada 12.3.2010. Berdasarkan siasatan Jabatan ini terdapat beberapa percanggahan makalumat yang memerlukan siasatan lanjut. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pengadu iaitu Puan Satrah Nabowah untuk hadir segera ke JPN Shah Alam bagi membantu siasatan.

Sekian,terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(JAINISAH BINTI MOHD NOOR)
Pegawai Perhubungan Awam
b.p Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara
Malaysia.
No. Tel : 03-88807077
No. faks :03-88808288
Email : pro@jpn.gov.my

s.k.: 1. Y. Bhg. Dato’ KPPN
2. Y. Brs. Tuan TKPPN (P)
3. Y. Brs. Tuan TKPPN (O)