SEGERA DENGAN FAKS
Ruj. Kami : JPN.PT:163/2/3/1 Klt.18 ( 74 )
Ruj. Tuan :
Tarikh : 23 Ogos 2010
Ketua Pengarang
Kosmo
Tuan / Puan,
MAKLUM BALAS ADUAN AKHBAR KOSMO BERTARIKH 13 OGOS 2010, JUMAAT M.S. 20, RUANGAN SMS
Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada aduan mengenai perkara di atas.
2. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin menjelaskan isu yang dibangkitkan oleh ABANG berkenaan bahasa rojak dan maksud perkataan MyKad.
3. Ingin dijelaskan bahawa MyKAD membawa maksud yang tersendiri iaitu perkataan “My” adalah khusus untuk alamat internet bagi Negara Malaysia manakala “KAD” adalah Kad Akuan Diri iaitu Kad Pengenalan.
Sekian,terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(JAINISAH BINTI MOHD NOOR)
Pegawai Perhubungan Awam
b.p Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara
Malaysia.
No. Tel : 03-88807077
No. faks :03-88808288
Email : pro@jpn.gov.my
s.k.: 1. Y. Bhg. Dato’ KPPN
2. Y. Brs. Tuan TKPPN (P)
3. Y. Brs. Tuan TKPPN (O)


















23 August 2010
Surat Kepada Pengarang