web analytics

MDN Lawat Sin Chew Daily

17 August 2010

KDN Sana Sini

Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein atas kapasitinya sebagai menteri yang diberi tanggungjawab penentuan permit bahan penerbitan, pada Ramadhan yang memasuki hari ke enamnya telah mengadakan lawatan ke pejabat akhbar Sin Chew Daily.

“Saya melawat kerana saya mahu melihat dari dekat proses dan kaedah penerbitan akhbar ini yang merupakan akhbar paling popular di kalangan masyarakat Cina negara ini,” katanya dalam kenyataan akhbar yang diedarkan.

Menurut beliau lagi Kerajaan mempunyai pendirian yang iaitu setiap bahan penerbitan di negara ini perlu mengambil kira soal pembangunan dan kestabilan negara. Ini disebabkan akhbar merupakan medium paling berkesan dalam penyampaian maklumat. Beliau berharap akhbar bersama-sama memainkan peranan dalam memastikan unsur-unsur tidak benar.

“Tanggungjawab asas sebagai warga negara ini ialah gambaran salah serta menghasut pemikiran rakyat ke arah negatif wajar tidak disiarkan sebagai bacaan umum,” katanya.

Dato’ Seri Hisham mengambil peluang melawat bilik berita Sin Chew Daily dan beramah mesra dengan petugas akhbar itu.

–team berita ikdn