Pemimpin setempat, pihak berkuasa tempatan, aktivis media, syarikat multinasional kerajaan ialah antara 63 orang yang dianugerahkan pangkat kehormat RELA yang disempurnakan oleh KSU KDN, Dato’ Sri Mahmood bin Adam dalam satu majlis makan malam yang diadakan di Dewan Rafflesia, Kompleks Alpha JPAM, Bangi pada 8 Ogos 2010.

Dalam ucapan, KSU menegaskan bahawa penganugerahan ini adalah satu pengiktirafan dan amanah kepada penerima dalam menjalankan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat setempat.
“Rela kini diiktiraf sebagai benteng ketiga pertahanan negara dan ia adalah satu agensi yang unik kerana RELA berasaskan prinsip kesukarelawan . Justeru pembabitan warga swasta dan sektor korporat amat-amat dialu-alukan kerana keselamatan negara adalah tanggungjawab kita bersama”, katanya.


Antara individu dari syarikat multinasional kerajaan dan media yang menerima pangkat kehormat pada malam tersebut termasuklah Datuk Bandaraya Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman; Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Hartanah dan Pentadbiran) Lembaga Tabung Haji, Encik Abdul Halim bin Md Jamil yang menerima pangkat Kolonel Kehormat dan Pengarang Kosmo!, Baharom Mahusin yang menerima pangkat Mejar Kehormat Rela.



Dalam sidang media selepas itu, KSU menegaskan keyakinan KDN dalam mencapai sasaran seramai 2.6 juta orang ahli RELA akhir tahun ini dengan memberi tumpuan kepada golongan belia. Jumlah ini selaras dengan peranan dan keperluan masyarakat terhadap RELA yang semakin meluas berbanding dahulu.

– team berita ikdn.


















13 August 2010
KDN Sana Sini