web analytics

Penyerahan Memorandum Oleh Gabungan NGO Malaysia kepada KSU KDN

6 August 2010

KDN Sana Sini

Gabungan NGO Malaysia telah bertandang ke Kementerian Dalam Negeri bagi menyerahkan memorandum bantahan dan mendesak kerajaan khasnya KDN bagi mengkaji semula saman ekor dan senarai hitam kenderaan demi meringankan bebanan rakyat.

Demi menyahut seruan YAB Perdana Menteri, ”Rakyat Didahulukan” justeru Y.Bhg. KSU KDN menerima sendiri memorandum tersebut bertempat di Lobi, Aras G, Blok D1, Kementerian Dalam Negeri pada jam 11.00 pagi tadi.

Naib Presiden Gabungan NGO Malaysia, Datin Reny Rahayu Mohd Ishak menaruh harapan yang tinggi supaya perkara ini diberi perhatian serius oleh kerajaan dan berharap keputusan kerajaan akan melegakan seluruh rakyat Malaysia.

–team ikdn