web analytics

Perlaksanaan Projek Perumahan dan IPK Kedah Dimulakan Kembali

16 August 2010

KDN Sana Sini

Kementerian Dalam Negeri telah menggerakkan semula projek pembinaan projek perumahan dan Ibu Pejabat Polis dan Kontinjen Kedah. Majlis ringkas ini disempurnakan oleh Ketua Setiausaha KDN, Dato’ Sri Mahmood Adam pada 13 Ogos 2010.

Projek yang bernilai RM 50 juta ini akan dilaksanakan oleh Syarikat Uzaimin Enterprise (Alor Setar) Sdn Bhd. Tempoh kontrak projek ini akan mengambil masa selama 60 minggu dan dijangka akan disiapkan pada 17 Oktober 2011.
Dalam merealisasikan integriti di dalam sesebuah projek, pihak kontraktor telah tampil membuat bacaan ikrar serta menandatangani dokumen tersebut oleh Pengarah Syarikat En. Emil SalehuddinHj Uzih yang disaksikan oleh Dato’ Sri KSU.

Majlis diakhiri dengan penyerahan dokumen oleh En. Emil Salehuddin Hj Uzih kepada Dato’ Sri Mahmood Adam. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Dato’ Raja Azahar Raja Abdul Manap, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Dato’ Md. Nor B. Hashim dan beberapa Pegawai Tertinggi KDN.

–team berita ikdn