web analytics

PERSATUAN PEMBORONG BERAS KURANG PEKERJA

6 August 2010

KDN Sana Sini

Dato’ Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri memberi jaminan masalah kekurangan pekerja yang dihadapi oleh pemborong beras akan diberi perhatian oleh Kementerian ini. Beliau yang menemui Persatuan Pemborong Beras pada 4hb. Ogos 2010 di KDN memaklumkan bahawa persatuan telah membangkitkan dua perkara iaitu pembaharuan pekerja asing yang bekerja dengan mereka diberi kelulusan dan pekerja asing mereka dibenarkan bekerja sebagai kelindan lori beras.

Atas alasan beras adalah keperluan wajib dan berskala besar maka mereka berharap keperluan kepada pekerja asing diberi pertimbangan.

Persatuan Pemborong Beras turut memaklumkan bahawa usaha mereka untuk mendapatkan tenaga kerja tempatan gagal kerana tidak mendapat sambutan.

–team berita ikdn