web analytics

Petikan Penting KSU

25 August 2010

KDN Sana Sini

Petikan penting KSU


• Hari ini kita memanggil wartawan adalah berkenaan mekanisme yang diwujudkan mengenai penambahbaikan pengurusan depoh Imigresen.

• Y.B Menteri, Dato’ Seri Hishammuddin, sejak beliau memegang jawatan ini tahun lepas, salah satu perkara pertama yang disebut oleh beliau adalah mengenai depoh. Beliau telah meminta Timbalan Menteri pada masa itu iaitu Y.B Tuan Jelaing (Anak Mersat) untuk melihat sendiri berkenaan depoh ini.

• Masalah depoh ini adalah satu masalah yang panjang dan kita mengakui pengurusan depoh ini apabila kita lihat sejarah depoh ini bermula dengan Penjara untuk menjaga kemudian Polis, Rela dan seterusnya diberi kepada Imigresen dengan jawatan-jawatan yang diberikan oleh kerajaan seramai 998 orang.

• Walaubagaimanapun, Imigresen dilihat tidak mampu untuk menjaga kerana Imigresen tidak dilatih untuk menjaga depoh.

• Oleh kerana Kementerian ini berpecah dua (2004- 2009), Jabatan Penjara ini terletak di bawah Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan bukan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Jadi kerja-kerja Penjara berkaitan dengan depoh ini diserahkan kepada Imigresen. Jadi ianya bermula dari situ.

• Ianya bukan ‘blame game’. Isunya apakah corrective action yang kita buat. Secara pentadbiran, berdasarkan atas nasihat dan pandangan sejajar dengan nasihat Y.B Menteri, kita telah menubuhkan Jabatan Depoh Imigresen mulai pada 2 Ogos 2010. 48 jam selepas insiden Orang Perlindungan lepas daripada Rumah Perlindungan.

• Kita juga telah menubuhkan satu jawatan kuasa khas yang dipengerusikan oleh KSU sendiri dan lima Timbalan KSU, Ketua Pengarah Penjara, Ketua Pengarah Imigresen, Setiausaha Bahagian Imigresen, Ketua Pengarah Rela, wakil daripada PDRM dan Ketua Pengarah JPAM.

• Apa yang kita buat, ini adalah corrective action serta merta kita meminta dalam tempoh 24 jam pihak Rela telah mengambil alih kawalan parameter. Komanden diambil alih oleh Jabatan Penjara. Kemudian Imigresen akan mengendalikan dokumentasi. Kita juga ada liaison officer di 13 depoh ini yang diberi kepada Polis. Jadi apa-apa keperluan untuk Polis, mereka akan bersedia seramai satu atau dua orang anggota beserta kenderaan polis.

• Pada masa yang sama Jabatan Pertahanan Awam akan menyediakan paramedik seramai satu atau dua orang. Jadi setiap depoh mempunyai kawalan yang baik.

• Jadi inilah perkara-perkara dan dalam tempoh mesyuarat pertama pada 15 Ogos yang lalu telah memutuskan jawatankuasa khas penambahbaikan pengawasan depoh ini dan akan dijalankan pada setiap minggu dan diakhir bulan ini satu laporan akan dikemukakan oleh pihak Penjara untuk meneliti penambahbaikan dan kita telah berurusan dengan satu Consultant untuk melihat pembangunan fizikal di 13 depoh-depoh Imigresen ini.

• Ada 4 depoh yang kita sedang perbaiki iaitu Depoh Pekan Nanas, Johor, Macha Umbo di Melaka, Semenyih dan satu lagi ialah di Juru. Kita tidak mempunyai banyak peruntukan, jadi kita melihat dari segi fizikal, dari segi peralatan dan dari segi latihan. Jadi kita sedang melihat berapakah keperluan untuk pembangunan depoh imigresen ini dan kita akan dapat kenalpastinya hujung bulan ini.

• Satu syarikat telah mengesyorkan berkenaan ‘anti climb’ pagar dan CCTV. Jadi consultant akan mengemukan pada kita hujung bulan ini. Menteri telah berjanji supaya segala keperluan ini akan dimaklumkan kepada pihak kerajaan untuk penambahbaikan dan peruntukan.

• Ini adalah corrective action yang akan kita lakukan manakala preventive itu adalah untuk jangka masa panjang.

–team berita ikdn