web analytics

SELAMAT DATANG KEPADA PASUKAN PENILAI STAR RATING

10 August 2010

KDN Sana Sini

“Mereka dah mai dah.  Jaga-jaga…apa yang tak betoi apa yang tak kena dok nak kena jawab la lepah ni”…Jika mereka dari Utara begitulah agaknya perkataan yang keluar tatkala mendapat tahu pasukan penilai STAR RATING MAMPU telah tiba di KDN untuk menilai sejauh mana kekemasan, siap siaga dan uruselia telah dilaksanakan oleh kementerian ini.

Pasukan MAMPU ini yang diketuai oleh Encik Bazarul Mazni bin Baharuddin dan dibantu oleh Cik Liana Azira bt Muhammad Azmi, Cik Noraini bt Mohd Shariff dan  Encik Mat Hassan bin Ibrahim telah berada di KDN selama empat (4) hari bermula 03hb. Ogos 2010 sehingga 06hb. Ogos 2010.

Membuka kata mengalu-alukan kehadiran mereka ialah Dato’ Md Nor b. Hashim, Timbalan Ketua Setiausaha KDN.  Beliau turut memberikan mukadimmah mengenai Kementerian ini secara keseluruhan.  Barisan pengurusan tertinggi KDN yang hadir juga turut memperkenalkan diri masing-masing dan tidak lupa mengucapkan selamat datang.

MAMPU yang membalas kata-kata aluan berharap KDN telah menilai semula segala kelemahan pada tahun 2008 dan 2009 demi meningkatkan kedudukan STAR RATING KDN.

STAR RATING adalah salah satu kaedah yang dilaksanakan oleh Kerajaan agar bukan sahaja perkhidmatan bahkan sikap penjawat awam dalam urustadbir insani turut diberi perhatian yang seiring.

Kedudukan STAR RATING KDN pada tahun lepas ialah 4 bintang.

–team berita ikdn

,