web analytics

SIDANG MEDIA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI Y.BHG. DATO’ SRI MAHMOOD ADAM 5 OGOS 2010

6 August 2010

Teks Ucapan MDN & TMDN

JAWATANKUASA KHAS PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN DEPOT JABATAN IMIGRESEN

  • Pertamanya, sebentar tadi telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Pengurusan Depot Jabatan Imigresen dan seterusnya jawatankuasa ini telah mengambil keputusan untuk melawat depot tahanan Jabatan Imigresen KLIA. Keputusan telah diambil dan seorang anggota PDRM akan berada di depot-depot tahanan sebagai usaha mengambil peranan dan membantu Jabatan Imigresen dalam usaha penambahbaikan sistem pengurusan depot tahanan ini dan akan berkuatkuasa serta merta pada 5 Ogos 2010 pukul 2 petang.  Ia juga telah dipersetujui oleh Ketua Polis Negara.
  • Kalau kita lihat depot tahanan Imigresen ini seakan-akan sebuah jabatan kerana pelbagai jabatan dan agensi bekerjasama memastikan sistem pengurusan. Jabatan Imigresen mengawal selia dokumen dan urusan Imigresen, RELA jaga parameter kawasan depot, pengurusan dan kepenjaraan diselenggara oleh Jabatan Penjara.
  • Pada masa ini, sehingga 5 Ogos 2010, seramai 210 anggota RELA telah ditempatkan di depot-depot seluruh Malaysia. Terdapat dua jawatankuasa, satu jawatankuasa penambahbaikan yang dipengerusikan oleh saya dan satu lagi yang menyiasat kelemahan depot dipengerusikan oleh TKSU (N) Dato’ Raja Azahar dan kami bergerak serentak.
  • Masalah yang telah dikenalpasti adalah, pegawai Imigresen ini tidak mempunyai kemahiran dalam mengawal selia dan untuk melengkapkan kemahiran, kerjasama antara jabatan dan bahagian-bahagian yang mempunyai kemahiran diperlukan untuk melakukan kerjasama dan kemungkinan satu Jabatan Depot akan disarankan kepada Menteri Dalam Negeri untuk dipertimbangkan.
  • Komanden-komanden penjara telah ditempatkan di setiap depot-depot tahanan ini bagi menjaga tahanan kerana mereka ini berpengalaman dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pengurungan.
  • Dalam masa tiga bulan, jawatankuasa yang telah dilantik ini akan mensarankan tindakan yang sewajarnya kepada Menteri Dalam Negeri dan kemungkinan besar Jabatan Depot akan ditubuhkan.
  • Jumlah maksimum tahanan yang boleh ditahan di setiap depot Imigresen berjumlah lebih kurang 13,000 orang pada satu-satu masa dan berapa jumlah pegawai yang perlu untuk ditempatkan di setiap depot-depot tahanan ini akan diselenggarakan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan(CGSO).
  • Tiga siasatan sedang dibuat serentak, pasukan audit dari CGSO, pasukan audit dari Jabatan Penjara dan pasukan audit dari PDRM telah memasuki depot ini untuk melakukan siasatan terperinci tentang punca masalah yang berlaku. Petang ini juga, dua (2) syarikat swasta secara sukarela menawarkan khidmat mereka untuk mencadangakn pemasangan CCTV dan pagar anti-panjat.
  • Penambahan anggota dalam menjaga depot-depot tahanan ini merangkumi Jabatan Imigresen, Jabatan Penjara, PDRM dan RELA hanya dalam lingkungan 30 peratus. Ini dirasakan penambahan anggota yang mencukupi berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Jabatan Penjara buat masa sekarang.
  • Sebenarnya mereka yang melarikan diri dari depot tahanan itu adalah mangsa kepada sindiket pemerdagangan orang dan mereka ini sebenarnya adalah golongan orang yang senang dan mereka ini ditempatkan di rumah perlindungan dan bukannya sebagai tahanan depot.

–team berita ikdn

,