web analytics

TAHNIAH dan Terima Kasih Kerana Bersabar-KSU KDN

25 August 2010

KDN Sana Sini

Seramai 33 orang penerima taraf kewarganegaraan telah hadir ke KDN untuk menerima surat penganugerahan kewarganegaraan yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha KDN Dato’ Sri Mahmood b. Adam.  Majlis yang berlangsung pada 25 Ogos 2010 itu turut dihadiri oleh Setiausaha Bahagian, Bahagian Pendaftaran & Pertubuhan Datin Jariah Mohd Saad.
“Memang menjadi hasrat KDN untuk memberikan perkhidmatan yang pantas.  Untuk tahun ini sahaja sudah 40,000 permohonan telah diproses,” katanya.
Menurut Dato’ Sri Mahmood lagi  permohonan yang dianugerahkan hari ini ialah bagi permohonan yang dibuat pada tahun 2007 dan 2008.  Bagi permohonan 2009, pemerosesan sudah dibuat dan keputusan dijangka diketahui pada tahun 2011 ini.
“Tanggungjawab KDN ialah untuk memproses pada kadar segera untuk mereka yang layak menerimanya.  Inilah nikmat yang dapat dirasai oleh rakyat dengan konsep 1 Malaysia di mana rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan,” katanya.
Tambah KSU KDN lagi mereka yang berjaya diharap menjadi warganegara yang baik kepada Malaysia.  Majlis turut mendengar lafaz ikrar oleh penerima-penerima taraf kewarganegraan sebagai simbolik kesetiaan yang diketuai oleh Encik Faizal b. Muhamaddi, salah seoarng penerima yang berasal dari Sintok Kedah.

–team berita ikdn