web analytics

Taklimat Mingguan Media (Meet the Press:KDN)

4 August 2010

KDN Sana Sini

Menyedari penyampaian maklumat yang benar, tepat dan telus penting kepada orang ramai, Kementerian Dalam Negeri telah memulakan program bertemu media lebih kerap. Taklimat mingguan KDN (Meet The Press: KDN) mula mengambil tempat dengan isu pertamanya berkait pindaan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007.

Program ini memberi peluang kepada wakil media untuk bertanya terus kepada pihak Kementerian dan mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci berkait isu-isu yang di bawah tanggungjawab Kementerian ini.

Taklimat berkenaan pindaan Akta Pemerdagangan Orang ini disampaikan oleh Setiausaha Bahagian Antarabangsa, Encik Muhd Khair Razman Mohamed Anuar.

Program ini akan diadakan pada setiap minggu dengan tajuk yang berbeza bergantung kepada keperluan orang ramai.

Program ini dikendalikan oleh Bahagian Komunikasi Korporat KDN.

-team berita ikdn-